Aduan/Cadangan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Kepada semua ahli Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) anda boleh mengemukakan sebarang aduan atau masalah anda melalui halaman ini ataupun menhubungi kami melalui info yang diberikan. Organisasi MediSZA akan cuba menyelesaikan segala aduan dan masalah anda selari dengan objektif penubuhan persatuan iaitu menjaga kebajikan pelajar-pelajar perubatan UniSZA.

Selain itu, kami juga bersedia menerima sebarang komen dan cadangan berkaitan Organisasi MediSZA bagi meningkatkan mutu persatuan selari dengan slogan persatuan "Unity for The Sake of Humanity". Komen terhadap laman web ini juga dialu-alukan.

Terima Kasih

Biro Publisiti & Multimedia
MediSZA 2020/2021

~Unity For The Sake of Humanity~

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera.

    Tujuan saya menulis di sini adalah untuk memberikan sedikit cadangan dan aduan. Memandangkan jumlah pelajar yang mendiami asrama di Maidam semakin ramai, maka semakin banyak jugaklah kereta yang dibawa oleh pelajar-pelajar kita.

    Mungkin pihak anda juga sudah sedia maklum mengenai masalah parking di asrama kita semakin berkurangan @ boleh saya katakan tidak cukup. Justeru itu saya berharap semoga dengan bantuan kalian, masalah ini akan dapat diatasi. Kerana saya yakin jumlah kereta akan tetap bertambah pada setiap sem atau setiap tahun.

    Saya berharap semoga masalah ini dapat diatasi kerana sudi membaca.

    Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam w.b.t

      Terima kasih diatas cadangan dan maklum balas anda. Kami sudah sedia maklum akan perkara ini. Untuk pengetahuan anda perkara ini telah dibawa kepada pihak atasan dan beberapa cadangan juga telah dikemukan kepada pihak atasan. Pihak atasan juga bersetuju untuk membangkitkan isu ini dalam mesyuarat pengurusan.

      Buat masa sekarang, kami juga belum mendapat apa-apa maklum balas tentang jalan penyelesaian yang sesuai bagi masalah ini. Kami akan cuba untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

      Diharap agar semua pelajar yang tinggal di asrama ini dapat mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah yang tidak diingini. Jangan kerana masalah ini timbul masalah lain antara penghuni asarama.

      Kami berharap maklum balas yang kami berikan ini menepati apa yang anda harapkan. Minta maaf jikalau ada sebarang kekurangan.

      Sekian, Terima Kasih

      Jawatankuasa MediSZA 2012/2013

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    boleh saya tahu
    bilangan student fakulti medic pada semester???

    ReplyDelete

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...